Korang semua perasan tak kalau pelakon yang asalnya tidak bertudung memegang watak bertudung kelihatan cantik, ayu dan sopan? Tapikan, ada beberapa drama/filem yang buat aku terasa nak tulis entry ni. contohnya macam filem Ombak Rindu lakonan Maya Karin yang memegang watak gadis kampung yang sopan dan ayu. Tapi yang tak memuaskan hati adalah cara pemakaian tudung Maya Karin. Bagi menampakkan Izzah sebagai gadis kampung yang miskin, Maya Karin telah dipakaikan tudung dengan cara sebegini.
Hal ini telah menimbulkan sedikit ketidakpuasan hati la pada aku. Perlu ke setiap kali nak menunjukkan watak tu merupakan watak orang kampung producer kena buat diorang bertudung cara macam ni. Tak patut la bro. Mana taknya, aku pun orang kampung jugak walaupun certain orang akan kata "Kau tu orang kampung, mana layak nak berkawan dengan kami orang2 bandar." aku kata CERTAIN ok bukan semua. Tapi aku bangga mengaku aku budak kampung =D
Ok. Cuba korang semua bandingkan pulak cara pemakaian tudung oleh Tiz Zaqyah dalam Nur Kasih ni.
Cantikkan? =) Dalam Nur Kasih, watak Nur Amina juga merupakan gadis kampung, tetapi mengapa producer drama ni boleh memakaikan Tiz dengan cara pemakaian tudung yang betul? Hairan tak? Tak menghairankan pun sebenarnya. Semuanya bergantung pada penerbit dan pengarahnya. Macam mana diorang nak para pelakon diorang berpakaian.... Tapi bagi aku, aku tak boleh terima perkara macam ni.
Orang kampung tak semestinya bertudung dengan cara selekeh/serabai seperti itu.
Aku bangga mengaku aku anak kampung..!!! =)Kesimpulannya, jangan pandang rendah pada anak kampung. Asal anak kampung ja semua yang serabai-serabai.
See ya' next time...
Wassalam..



No comments:
Post a Comment