Sunday 15 July 2012

muhasabah diri_part 2



    Bersyukurlah kita diatas nikmat yang telah Allah berikan. Bermacam-macam nikmat telah Allah berikan kepada kita dari sekecil-kecil nikmat sampailah ke sebesar-besar nikmat. Tetapi tetap juga ada yang masih kufur dengan Allah, tidak mensyukuri apa yang telah Allah berikan dan menyalahkan Allah atas kekurangan pada diri. 

       Allahu Akhbar, Allah Maha Besar. Dialah Tuhan yang menciptakan setiap sesuatu samada dimuka bumi atau pun di alam semesta. Apabila dia mengatakan "Jadi. Maka jadilah." Allah telah menjadikan kita manusia sebagai khalifah di muka bumi kerana sifat kita yang berakal dan mampu berfikir.

     Aku bukanlah tergolong dalam kalangan gadis-gadis yang cantik yang sering menjadi igauan para lelaki atau pun menjadi seorang yang feymes kerana kecantikan. Aku hanya insan biasa, makhluk Allah yang bersyukur dengan kurniaan-Nya, insyaAllah. Dulu aku selalu menjauhkan diri aku dari lelaki kerana rasa merendah diri dengan kekurangan diri aku yang aku rasakan tidak sempurna sehinggakan sampai satu tahap aku tak pernah ada kawan lelaki.

    Tapi aku tak nak merungut lagi tentang perkara itu semua lagi. Aku muhasabah diri aku sendiri, jadi aku katakan pada diri aku aku bersyukur dengan pemberian nikmat dari Allah yang tidak ternilai harganya. Aku bersyukur apabila Allah menciptakan aku dalam keadaan yang serba kekurangan. Kecantikan yang tidak aku miliki membuatkan aku menjauhkan diri dari kawan-kawan lelaki menyebabkan aku tidak pernah terlibat dengan sebarang perkara-perkara maksiat seperti percintaan yang berlandaskan nafsu semata-mata.

    Aku juga bersyukur kepada Allah kerana tidak mengurniakan aku rambut yang cantik kerana jika tidak pasti aku akan memperagakan rambutku buat tatapan ramai tanpa ditutupi sebrang hijab. Aku juga bersyukur kerana Allah tidak mengurniakan aku kaki secantik model2, pelakon2 atau penyanyi2 kerana dengan itu aku tidak akan pernah memakai skirt pendek yang mendedahkan aurat aku. Aku jugak bersyukur kerana aku tidak dikurniai kekayaan yang melimpah ruah, cukup sekarang aku sekeluarga mampu hidup selesa kerana aku mungkin akan melakukan sesuatu pada tubuhku yang tidak sepatutnya aku lakukan seperti merubah ciptaan Allah atau mungkin juga aku akan menjadi sombong, bongkak dan riak dengan kekayaan yang ada.

    Aku juga bersyukur kepada Allah kerana aku masih sempurna tubuh badan, aku mempunyai dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki dan aku masih waras untuk berfikir dan membuat keputusan dan yang paling penting untuk beribadat kepada Allah. Aku bukanlah baik mana pun, tapi aku akan sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk berubah ke arah yang lebih baik.

    Ramai kalau kita lihat di luar sana, gadis-gadis yang melakukan pelbagai perkara pada diri mereka semata-mata untuk kecantikan sampai satu tahap di mana hukum Allah tidak lagi dijadikan garis panduan. Sebenarnya, ciptaan Allah itu merupakan seindah-indah ciptaan. Setiap perkara yang Allah jadikan kelebihan dan kekurangan kepada kira ada hikmahnya. Mungkin kita tidak dapat melihat hikmahnya sekarang tetapi dimasa hadapan. Tidak kiralah masa bila pun tapi kalau kita senentiasa muhasabah diri, kita akan dapat melihat perkara-perkara positif disebalik perkara buruk tersebut. 

Every cloud have the silver lightning ^_^

  Banyak lagi perkara-perkara yang aku ingin kongsikan tetapi cerita lain pulak.. 

   Apa pun, aku menyeru sahabat-sahabatku sekalian untuk MUHASABAH DIRI =) 

No comments:

Post a Comment