Monday 16 July 2012

Ramadhan Ini

    Apa cer hampa hari ni? Hari ni aku punya mood nak tulis bahasa utara, Kedah Darul Aman =). Ramadhan dah dekat, persediaan hampa setakat ni macam mana? Puasa dah ganti habis? Kurma dah beli buat stok? Mesti ramai yang dah mula buat list barang nak beli untuk nak buat makan time sahuq kan? Kalau berbuka mesti ramai yang beli kat bazar kan terutamanya bagi yang sibuk bekerja la. 

    Kalau kita tengok kat skrin tv mahupun pacebuk la ni, depa asyik dok kira brapa hari lagi nak sampai Olimpik London 2012. Takdak pon yang nak kira berapa hari lagi nak puasa. Apa yang menunjukkan kita bakal menghadapi puasa ialah makin banyak iklan-iklan juai barang-barang nak raya macam baju raya, tudung, langsir, perabot-perabot n banyak lagi la. Jenuh ceq nak list lagu ni. haha. 

    Apa yang aku cuba nak cakapkan sebenaqnya aku rasa terkilan la sikit sebab kita puasa pun belum tapi orang dah sibuk-sibuk nak raya. Memang la raya tu best, bulan Syawal yang penuh kegembiraan tapi hormatilah ketibaan bulan Ramadhan yang penuh berkah dimana semua pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dirantai lalu dibuka seluas-luasnya pintu-pintu Syurga. Bulan untuk kita tingkatkan amalan kita berlipat kali ganda, insyaAllah.

Dari Abu Hurairah ra :
Nabi saw bersabda :
Apabila bulan ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.
(Muttafaqun alaih)

    Tapi makin dekat nak puasa ni kan, soalan-soalan lazim yang selalu aku dengaq adalah "Hang dah p hantaq baju raya nak jait blom?" "Baju raya hg taun ni tema apa?" "Baju raya hang brapa pasang?" "Kuih raya hg beli dak lagi? Aku beli kat si dotdot tu sedap hg tau dak." "Langsir rumah dah stat jait ka?" "Aku nak pi cari kain nak buat langsir, nak buat baju raya 2,3 lai pastu nak p jengok-jengok perabot baru la."

    Why? Why? Why? Kenapa soalan lagu ni yang hampa tanya? Awat yang hampa tak tanya "Puasa dah ganti habis ka belom?" "Makanan nak buat sahuq dah beli dah?" "Nanti kita bukak puasa sama-sama nak?" "Tahun ni kita p terawih penoh tau. Kita p sama-sama" "Aku nak beli kurma la, jom p sekali." 

    Yang tv pulak baru seminggu posa depa dah kalut dok tayang cerita nak raya. Dua minggu g ada posa depa dah sebok dok buat iklan cerita nak tayang time raya. Malam-malam time orang sepatutnya pi semayang terawikh tu depa boleh pulak p tayang cerita best2. Bagi yang tak brapa nak kuat iman tu macam aku sikit hehe konfem-konfem tak pi terawih malam tu. Tapi tu time dulu la aku buat reja-reja lagu tu, la ni tak buat dah. Aku azam kuat la ni. hehe. Lagi satu yang membuatkan aku rasa macam spoil semangat sikit masa pi masjid kampung aku tu adalah aku ja satu-satunya pompuan sebaya aku yang lain semua mak cik-mak cik. Yang mak cik-mak cik ni la yang dok spoilkan semangat aku. Nak tau pasai pa? Time aku melangkah masuk masjid dengan penuh semangat depa yang ada kat situ semua tengok aku. dah tu tengok muka pakat-pakat macam tak puaih hati ja.

    Muka tak mesra alam langsung hampa tau. Aku dah la satu-satunya remaja solehah kat situ depa boleh plak dok tengok aku lagu tu. Ni cari pasai namanya mak cik. Awat mak cik tak puaih hati pa ngan saya? Anak mak cik tak mai ka? Ni ayat jahat dalam hati aku. hehe. Jahat kan aku? Tapi taun ni aku nak p penoh InsyaAllah. Kalau ada aral nak buat lagu mana kan? Aku buat post ni untuk renungan aku n semua la. Mai ramadhan kita sambut ramadhan, mai syawal baru kita sambut syawal. Time ramadhan buat cara ramadhan, time syawal baru kita buat lagu syawal. okey? ^_^

   Ni lagu Harapan Ramadhan - Man Bai & Raihan. Hope enjoy. tak bleh nak download dari youtube atas sebab-sebab tertentu. Maaf =)

   Aku doakan kita dapat malam Lailatulqadar dan semua amalan kita di bulan puasa ni diterima sepenuhnya. Amiin =)

1 comment: